Friday, February 9, 2007

Bahasa pengaturcaraan Java

Bahasa pengaturcaraan Java

From Wikipedia
Jump to: navigation, search

Java merupakan sejenis bahasa pengaturcaraan berorientasikan objek dah telah dibangunkan oleh James Gosling dan rakan-rakan sekerjanya di Sun Microsystems pada awal 1990-an. Tidak seperti kebiasaan bahasa pengaturcaraan lain yang direka bentuk untuk dikompilasi kepada kod asli (mesin) ataupun diterjemah terus dari kod sumber semasa masa jalanan (runtime). Java dikhaskan untuk dikompilasi kepada kodbait (bytecode) (ia boleh juga dikompilasi kepada kod asli menggunakan gcj), yang mana ia akan dilaksanakan (biasanya menggunakan kompilasi JIT (just in time)) oleh Mesin Maya Java (JVM).

Bahasa pengaturcaraan Java banyak meminjam sintaksis daripada bahasa pengaturcaraan C dan C++ tetapi mempunyai model objek yang mudah dan kurangnya fasiliti aras-rendah.
Java sebenarnya tiada kaitan dengan Javascript walaupun kedua-duanya mempunyai nama yang sama dan berkongsi sintaksis yang seakan-akan C.

Sejarah
Java pada mulanya dimulakan sebagai projek yang dinamakan "Oak" oleh James Gosling pada bulan Jun 1991. Matlamat James Gosling ialah untuk mengimplementasi penggunaan mesin maya dan bahasa pengaturcaraan yang seakan-akan C tetapi lebih mudah dari C\C++.

Contoh Hello Dunia//
Hello.java
public class Hello {
public static void main(String[] args) {
System.out.println("Hello, dunia!");
}
}

No comments: